Want your
own Fotopage?








 
ALYA CATERING SERVICES

By: ALYA CATERING

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 26-Apr-2009 05:25 Email | Share | Bookmark
ALYA CATERING SERVICES

 







ALYA CATERING SERVICES - PENGENALAN
Alya Catering Services adalah sebuah syarikat bumiputra yang berpengalaman dalam industri pemakanan khususnya di dalam bidang perniagaan restoran, kafeteria dan katering. Ianya dilengkapi dengan kakitangan yang profesional serta berpengalaman dalam bidang masing-masing.

Bermula secara sambilan pada tahun 1996 dengan menyediakan jamuan kecil-kecilan dan sederhana untuk pelajar-pelajar Malaysia di sekitar Birmingham, Midlands dan United Kingdom & Eire, telah membuka minat Puan Rubiah Hj Mohd Sari, pemilik Alya Catering Services untuk menceburi bidang katering. Pada peringkat awalnya Alya Catering Services, diperkenalkan/ dipromosi oleh keluarga dan rakan-rakan melalui kaedah mulut ke mulut.

Alya Catering Services telah ditubuhkan pada 11 Jun 1999 sebagai sebuah syarikat milik Bumiputera dengan modal berbayar RM 160,000. Alya Catering Services adalah merupakan Syarikat Persendirian yang dimiliki oleh Puan Rubiah Binti Mohd Sari. Alhamdulillah, kini setelah 10 tahun menceburi bidang ini, masakan Alya Catering Services telah dikenali ramai. Alya Catering Services menyediakan perkhidmatan untuk semua majlis dari sekecil jumlah 50 orang tetamu hingga kepada tiada terhadnya. Makanan yang kami sediakan adalah mengikut citarasa tempatan dan barat.

Alya Catering Services telah memberi khidmat tempahan kepada semua pelanggan termasuk pihak kerajaan (jabatan/sekolah) mahupun swasta dan Individu. Malah sebagai langkah untuk mempromosikan lebih meluas, Alya Catering Services pernah mendapat liputan di majalah Mingguan Wanita keluaran 8-15 Sept 2000.

Selaras dengan kejayaan mengendalikan semua majlis selama ini, Alya Catering Services yakin mampu menjalankan urusniaga dengan lebih profesional mengikut kepuasan yang dikehendaki oleh pelanggan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :-
ALYA CATERING SERVICES
No 54, Taman Mas 2
Batu 9 Jalan Cheras
43200 Kajang
Selangor Darul Ehsan

Abdul Aziz Shaari (Pengurus)
Mobile : 016-2198051/ 016-6991088
Fax : 03-90804303


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net